Thursday, September 30, 2010

kawan





semua orang ada kawan kan...same here aku juga ada...kawan yang gila, kawan yang setia, kawan yang bagi semangat..bagi aku..diorang la salah satu sebab aku teruskan hidup di muka bumi ini selain mak bapak aku..

kawan sentiasa ada bila kita sedih, bila kita sakit, bila kita gembira pun kawan akan selalu ada..sentiasa menemani di sisi kita..

tapi jaga-jaga kerna ada juga kawan yang makan kawan...maksudnya bukan kawan tu akan makan kita tapi hati-hati jika nanti mungkin akan ada kawan yang buat taik dengan kita(kawan macam ni kita kasi je sebat 20 kali)..

kawan juga sinonim dengan perkataan sahabat...kalau nak tahu lebih lanjut...ni aku ambik kat wikipedia pasal persahabatan dengan lebih detail...

Persahabatan


Persahabatan ialah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Nilai persahabatan biasanya berasal daripada seseorang individu yang menampilkan tingkah laku yang berikut secara tekal:

* kecenderungan untuk mengingini apa-apa yang terbaik bagi pihak yang lain;
* simpati dan empati;
* kejujuran, khususnya dari segi menegaskan kelemahan pihak yang lain; dan
* persefahaman.

Walaupun demikian, bagi banyak orang, persahabatan seringnya ditakrifkan secara negatif dari segi bahawa dia merupakan seorang yang tidak akan menjejaskan atau mengapa-apakan mereka.


Jenis persahabatan

Terdapat berbagai-bagai tahap "kerapatan" persahabatan yang menjangkau suatu spektrum lanjar. Oleh yang demikian, wujudnya sebilangan istilah bahasa basahan dalam bahasa Inggeris yang dipergunakan untuk memerihalkan persahabatan serta konteks yang persahabatan itu dipupuk:

* Fair-weather friend atau kawan cuaca baik:

Seorang yang hanya akan membantu kawannya apabila perbantuan itu tidak susah.

* Casual relationship atau "hubungan seks rambang":

Kawan yang mempunyai hubungan mesra dari segi seks tetapi tidak menganggap diri
mereka sebagai mencuba memikat; juga dirujuk sebagai friends with benefits atau
"kawan yang memberikan manfaat".

* Best friend atau "kawan karib":

Kawan yang seseorang berasa paling rapat. Istilah ini biasanya membayangkan perasaan
salingan antara satu sama lain, tetapi ini tidak selalu berlaku dan hubungan kawan karib
merupakan sesuatu perkara yang sangat rumit.

* True friend atau "kawan benar":

Orang yang sudi membantu kawan-kawannya yang menghadapi masalah emosi. Istilah
ini juga menandakan sebahagian besar altruisme kerana seorang kawan benar seringnya
akan mengorbankan masa atau sumber yang lain untuk membantu kawan mereka yang
menghadapi kesusahan. Walaupun demikian, kawan benar seringnya jarang ditemui dan
mereka tidak semestinya merupakan kawan karib anda tetapi seorang yang anda
ketahui akan membantu anda apabila diperlukan.

Isu perkembangan dan lain-lain

Dalam urutan perkembangan emosi seseorang individu, persahabatan berlaku selepas perikatan ibu bapa dan sebelum perikatan pasangan yang berlaku pada masa kematangan. Dalam tempoh antara keakhiran masa kanak-kanak sehingga permulaan masa kedewasaan penuh, persahabatan seringnya merupakan hubungan yang paling penting dalam kehidupan emosi seseorang remaja dan seringnya adalah lebih mendalam, berbanding dengan hubungan yang berlaku kemudian.

Kajian persahabatan terangkum dalam bidang sosiologi, antropologi, falsafah, dan zoologi. Berbagai-bagai teori persahabatan telah dicadangkan, antaranya psikologi sosial, teori pertukaran sosial, teori ekuiti, dialektik hubungan, dan gaya perapatan. Menurut sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2006, bilangan dan mutu persahabatan orang Amerika telah merosot sejak selewat-lewatnya tahun 1985. Kajian itu menyatakan bahawa 25% daripada orang Amerika tidak mempunyai setiawan yang rapat, dengan bilangan setiawan seseorang pada puratanya kini merosot sehingga dua orang sahaja. Dua teori telah dikemukakan untuk menerangkan perkembangan ini:

* homofobia, iaitu kerisauan dilihatkan sebagai homoseksual.

* akibat dibesarkan dalam keluarga yang lebih kecil, keperluan untuk mengimbangi
kehilangan hubungan adik-beradik secara tiba-tiba apabila meninggalkan keluarga untuk
bekerja, belajar, dan sebagainya telah dikurangkan.

Persahabatan sebagai sejenis hubungan antara satu sama lain juga dapat ditemui antara binatang yang memiliki kecerdasan tinggi, misalnya mamalia pada peringkat yang lebih tinggi dan sebilangan burung. Persahabatan yang menjangkaui spesies sering juga ditemui antara manusia dengan binatang bela jinak. Yang lebih jarang ditemui tetapi patut diberikan perhatian ialah persahabatan antara binatang dengan binatang daripada spesies yang lain, misalnya anjing dengan kucing.

my comrades !!


No comments:

Post a Comment