Friday, October 8, 2010

kawan makan kawan...



"says : bodoh punya orang!!..sampah masyarakat...ade ke patut kaw buat aku mcm ne... mane erti kawan bg kaw!!!..."

8 OCT, unisel
aku xtaw knape ade lagi manusia mcm ne,..xde ke otak kaw..sampai nk tikam blakang kawan kaw..kenape x tikam depan2..kate kaw jantan...kaw brani...ape bukti..???

kawan dah banyak berkorban dengan kaw...kaw x mkn die x mkn...die ade duit,die blanje kaw mkn, beri keperluan yang kaw nk..tp bile kaw ade duit kaw buang die...pandang pun tidak..bile kaw sedih die sntiase ade ngan kaw..ape jenis manusia kaw ne... mak bapak pun xmngaku kaw anak taw x..

kaw taw x siape kawan tuh??? ade kaw igt, kenang ape pengorbanan yang penah die buat kat kaw...??? xde kn..yang kaw ingat bile die ade hutang kat kaw... hutang kaw kat die ade kaw x ingt pulak kn...

come'on la bro..cube kaw bukak mate kaw luas2 cket...duit bukan sgale2nye..aku brani ckp dpn2 kaw BODOH klu kaw ckp DUIT adelah sgala2nya...sedar2 la wahai kawan....di akhirat nnti pasti akn dtuntut gak ape yang kaw dah buat kat kawan kaw...



p/s - ape yang tertera diatas td hanyalah rekaan semata2..tidak ada kena mnegena dengan yang hidup atau pun yang dah mati.. sekadar nk sedarkan kepada kawan2 yang baru terfikir nk mkn kwn...wat ape kaw nk mkn kawan..nasik banyak..ni bukan india ni malaysia brader..!!!!

Saturday, October 2, 2010

SEKOLAH



jam sudah menunjukkan pukul 4.23 pagi...aku xtaw npe..awal sgt aku bgn ari neh...bangun2 je dan ditemani oleh angin yang sejuk dan hujan yang memenuhi kesunyian aku tbe2 tringat pasal hidup aku mse skolah dlu..mmg best !!! sumpah aku tak tipu...
hidup yang hnye kite perlu fikir pasal diri kte..hidup yang enjoy..cube tanye orang2 yang dah bekerje skrg...tnye dorang saat bilekah yang dorang paling rndu sgt2 & nak balik ke mase tu...mesti dorang ckp mase time sekolah dulu kan...

berbalik pasal cerita sekolah aku dulu..dulu aku sempat jadi seorang ketua kelas yang sangat enjoy...dak2 kelas aku panggil aku "chip" sebab aku ketua & selalu hilang2..macam biskut chipsmore daa...

kalau mase ni aku di bagi peluang untuk wat pilihan & ape yang aku nak tu akan di tunaikan...satu je aku nak..aku nak putar balik mase utk balik ke zaman aku skolah dulu ...tapi sume tu tak boleh kan...so conclusion nyer di sini kite pandang kehadapan mule kan idup baru & jangan sekali2 lupekan saat indah kite dengan kawan2 kite wlaupun lost contact skali pon...

dan aku sentiase doakan kepada mmber2 kesayangan aku neh..moge2 korang d cucuri rahmat selalu...dipanjangkan umur n murah rezeki...kepada yang dah kahwin tu moge2 korang bahgia dengan laki or suami korang..korang lah sahabat dunia akhirat aku..

best memories !!!!


Thursday, September 30, 2010

terluah sedikit..





secebis masalah dalam kepala otak yang perlu dikeluarkan dan harus ada pendengar mahupun pemberi nasihat ada di samping kita bagi mendengar luahan hati yang gundah gulana...

korang penah kan rasa bila kita dah lepas meluahkan sedikit beban dalam kepala otak korang..
memang best !!! tenang...ringan je rase kepale otak neh...

tu la aku rase sekarang..thanks kepada pendengar setia aku mija2..walaupun tadi tak dapat nak pau duit ko banyak-banyak..hahaha..kedekut punya orang...ade blanje aku makan gula2 je..

tp yang penting kerjasama!! ops !! aku ter'over sebentar..by the way...once again..thanx to nurhamiza ibrahim...& thanx jugak kat hajah sebab belanje milo ais td.. ;)

memang terbaek !!!

p/s - mija aku curik gmbar ko sikit erk..nk letak kat blog aku...sekadar hiasan..:D


kawan





semua orang ada kawan kan...same here aku juga ada...kawan yang gila, kawan yang setia, kawan yang bagi semangat..bagi aku..diorang la salah satu sebab aku teruskan hidup di muka bumi ini selain mak bapak aku..

kawan sentiasa ada bila kita sedih, bila kita sakit, bila kita gembira pun kawan akan selalu ada..sentiasa menemani di sisi kita..

tapi jaga-jaga kerna ada juga kawan yang makan kawan...maksudnya bukan kawan tu akan makan kita tapi hati-hati jika nanti mungkin akan ada kawan yang buat taik dengan kita(kawan macam ni kita kasi je sebat 20 kali)..

kawan juga sinonim dengan perkataan sahabat...kalau nak tahu lebih lanjut...ni aku ambik kat wikipedia pasal persahabatan dengan lebih detail...

Persahabatan


Persahabatan ialah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Nilai persahabatan biasanya berasal daripada seseorang individu yang menampilkan tingkah laku yang berikut secara tekal:

* kecenderungan untuk mengingini apa-apa yang terbaik bagi pihak yang lain;
* simpati dan empati;
* kejujuran, khususnya dari segi menegaskan kelemahan pihak yang lain; dan
* persefahaman.

Walaupun demikian, bagi banyak orang, persahabatan seringnya ditakrifkan secara negatif dari segi bahawa dia merupakan seorang yang tidak akan menjejaskan atau mengapa-apakan mereka.


Jenis persahabatan

Terdapat berbagai-bagai tahap "kerapatan" persahabatan yang menjangkau suatu spektrum lanjar. Oleh yang demikian, wujudnya sebilangan istilah bahasa basahan dalam bahasa Inggeris yang dipergunakan untuk memerihalkan persahabatan serta konteks yang persahabatan itu dipupuk:

* Fair-weather friend atau kawan cuaca baik:

Seorang yang hanya akan membantu kawannya apabila perbantuan itu tidak susah.

* Casual relationship atau "hubungan seks rambang":

Kawan yang mempunyai hubungan mesra dari segi seks tetapi tidak menganggap diri
mereka sebagai mencuba memikat; juga dirujuk sebagai friends with benefits atau
"kawan yang memberikan manfaat".

* Best friend atau "kawan karib":

Kawan yang seseorang berasa paling rapat. Istilah ini biasanya membayangkan perasaan
salingan antara satu sama lain, tetapi ini tidak selalu berlaku dan hubungan kawan karib
merupakan sesuatu perkara yang sangat rumit.

* True friend atau "kawan benar":

Orang yang sudi membantu kawan-kawannya yang menghadapi masalah emosi. Istilah
ini juga menandakan sebahagian besar altruisme kerana seorang kawan benar seringnya
akan mengorbankan masa atau sumber yang lain untuk membantu kawan mereka yang
menghadapi kesusahan. Walaupun demikian, kawan benar seringnya jarang ditemui dan
mereka tidak semestinya merupakan kawan karib anda tetapi seorang yang anda
ketahui akan membantu anda apabila diperlukan.

Isu perkembangan dan lain-lain

Dalam urutan perkembangan emosi seseorang individu, persahabatan berlaku selepas perikatan ibu bapa dan sebelum perikatan pasangan yang berlaku pada masa kematangan. Dalam tempoh antara keakhiran masa kanak-kanak sehingga permulaan masa kedewasaan penuh, persahabatan seringnya merupakan hubungan yang paling penting dalam kehidupan emosi seseorang remaja dan seringnya adalah lebih mendalam, berbanding dengan hubungan yang berlaku kemudian.

Kajian persahabatan terangkum dalam bidang sosiologi, antropologi, falsafah, dan zoologi. Berbagai-bagai teori persahabatan telah dicadangkan, antaranya psikologi sosial, teori pertukaran sosial, teori ekuiti, dialektik hubungan, dan gaya perapatan. Menurut sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2006, bilangan dan mutu persahabatan orang Amerika telah merosot sejak selewat-lewatnya tahun 1985. Kajian itu menyatakan bahawa 25% daripada orang Amerika tidak mempunyai setiawan yang rapat, dengan bilangan setiawan seseorang pada puratanya kini merosot sehingga dua orang sahaja. Dua teori telah dikemukakan untuk menerangkan perkembangan ini:

* homofobia, iaitu kerisauan dilihatkan sebagai homoseksual.

* akibat dibesarkan dalam keluarga yang lebih kecil, keperluan untuk mengimbangi
kehilangan hubungan adik-beradik secara tiba-tiba apabila meninggalkan keluarga untuk
bekerja, belajar, dan sebagainya telah dikurangkan.

Persahabatan sebagai sejenis hubungan antara satu sama lain juga dapat ditemui antara binatang yang memiliki kecerdasan tinggi, misalnya mamalia pada peringkat yang lebih tinggi dan sebilangan burung. Persahabatan yang menjangkaui spesies sering juga ditemui antara manusia dengan binatang bela jinak. Yang lebih jarang ditemui tetapi patut diberikan perhatian ialah persahabatan antara binatang dengan binatang daripada spesies yang lain, misalnya anjing dengan kucing.

my comrades !!


aku ,bahagia & derita..



salam...nama aku muhammad afizul bin ismail...aku di lahirkan atas dasar cinta perkahwinan dua insan yang bernama ismail bin abdul muluk dan junaidah bte baibayan..their my angel..aku mempunyai 7 orang adik beradik dan aku anak yang ke 6...mmg ramai...dan kami keluarga yang bahagia...kayh...cukup cerita pasal aku...




bahagia???


dalam lubuk hati aku..aku sentiasa mempersoalkan maksud sebenar bahagia..apa itu bahagia?? ada apa dengan bahagia??? kenapa mesti bahagia??? dan kenapa di ciptakan bahagia... bahagia...satu perkataan yang membawa beribu makna...dan sering di kaitkan dengan sang derita.. kire macam aur dengan tebing... masing2 saling memerlukan...tapi bagi setiap insan yang ada dimuka bumi ini derita yang sering di persalahkan...kenapa???




sebab derita itu menyakitkan,pedih...tapi tanpa derita kita sebagai khalifahNYA tak mungkin dapat belajar dari kesilapan yang lalu....

berbalik kepada bahagia...

semua manusia ingin bahagia...tapi untuk mengecapi bahagia itu perlu ada pengorbanan yang menderitakan...sebab itu lah derita dan bahagia saling berkaitan...

aku rasa sampai sini saja untuk kritikan "tangan yang berbicara" ini bak kate member aku nurhamiza ibrahim...satu yang aku nak pesan kepada kawan-kawanku di luar sana...





" jangan pernah takut untuk menghadapi derita kerna pasti ada bahagia disebaliknya"..

salam....